Tuesday, 22 December 2015

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M


           
Rumah RMR1M

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M
Baiklah, hari ni saya nak kongsi bersama bagaimana anda boleh mendapatkan rumah (RMR1M).Dibawah juga terdapat link untuk memohon. Selamat memohon. semoga dapat membantu.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

1)  Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000
2)  Memiliki tanah sendiri
3)  Sudah berkahwin
4)  Tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.

Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga 

1) RM65,000
2) RM55,000 
3) RM45,000.

Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=984498

Klik untuk makluman Program Rumah Mampu Milik RMM
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,

No comments:

Post a Comment